Laluan Iklan

Showing posts with label Microsoft. Show all posts
Showing posts with label Microsoft. Show all posts

Sunday, November 15, 2009

Office 2010 Public Beta Dilancarkan Penghujung November

Belum pun kita semua 'mengkhatamkan' atau sedang berjinak-jinak dengan Microsoft Office 2007, kini Microsoft dalam persiapan terakhir untuk melancarkan versi beta Office 2010 pada penghujung November ini. Dengan menggunakan strategi pemasaran yang sama seperti Windows 7 (ketika versi RC & RTM dilancarkan), microsoft juga akan memberikan perisian terbaru ini secara percuma untuk dicuba dan boleh dimuat-turun oleh para pengguna di seluruh dunia. Produk tersebut boleh didapati di link berikut: Office 2010 Beta Pada ketika ini, masih belum boleh untuk dimuat-turun lagi. Jika dilihat kemungkinan terdapat sedikit perubahan dari segi "interface" namun menurut Microsoft, versi Office terbaru ini menjanjikan sesuatu yang "rich and powerful new ways to deliver your best work -at work, home, or school-on your computer, from a Windows Mobile-based smartphone or via a Web browser" [antara kelebihan Office 2010]. Untuk maklumat tambahan layarilah pautan berikut: [Softpedia]
 






Wednesday, November 11, 2009

Microsoft Melancarkan Homepage MSN Terbaru

Sejak berdekad lamanya homepage MSN telah digunakan, kini Microsoft bakal melancarkan homepage terbaru sejajar dengan perubahan yang dibawa oleh pesaing terdekatnya Yahoo. Dengan pengenalan logo baru MSN dan juga Homepage yang serba baru bakal membolehkan Microsoft mengembalikan penguasaannya dalam tapak web pengguna. Dikatakan homepage MSN ini bakal dilancarkan secara rasmi pada awal tahun hadapan (2010). Pihak pembangun telah mengurangkan sebannyak 50% link sedia ada bagi membolehkan ia tampak ringkas tetapi menarik. Dengan menambah ciri terbaru sejajar dengan perubahan komunikasi jaringan sosial terkini, pembangun telah mengintegrasikan homepage terbaru dengan fungsi Windows Live, Twitter dan Facebook (menjimatkan masa bukan?). Navigasi informasi seperti berita, sukan, kewangan, hiburan & gaya hidup dikekalkan dan telah diberi nafas baru ciri aksesnya. Ditambah dengan enjin carian berkuasa terbaru Bing dan juga penjenamaan semula MSN Video kepada Bing Video membolehkan Microsoft mengukuhkan lagi penguasaannya dalam fungsi jaringan sosial talian pengguna internet di seluruh dunia. Di bawah adalah screen shot new MSN Homepage Beta-klik gambarajah untuk perbesar

Thursday, October 15, 2009

Windows 7 Oh Windows 7


Mungkin pembaca-pembaca di luar sana umum sudah lebih tahu mengenai tajuk entri ini. Tinggal beberapa hari lagi sebelum pelancaran rasmi versi sepenuhnya Windows 7 [22.10.09] atau lebih tepat hanya tinggal 6 Hari: 21 Jam: 2 Minit sahaja lagi [saat entri ini ditulis]. Pengguna setia OS Windows di luar sana mungkin sudah tidak sabar-sabar lagi untuk menunggu versi final agaknya. Jika sebelum ini pengguna telah diberi peluang untuk mencuba versi RC (Release Candidate) & RTM (Release To Manufacturing) secara percuma yang boleh dimuat-turun melalui laman yang disediakan oleh pihak Microsoft. Namun apa yang penting di sini adakah benar Windows 7 beroperasi lebih stabil, lancar & pantas daripada OS sebelum-sebelumnya iaitu Windows Vista[1 produk gagal] dan Windows XP[1 produk berjaya]. Berdasarkan maklum balas pengguna sehingga kini, ia amat positif dan ramai memuji dengan ciri-ciri pembaharuan yang telah dibawa oleh pihak Microsoft pada kali ini. Jika pengguna di luar sana ingin beralih untuk mencuba ke OS Windows 7, anda patut terlebih dahulu mengetahui samada Desktop atau Laptop anda menyokong tahap keperluan minimum sistem. Untuk mengetahuinya bolehlah klik pada link berikut: Windows 7: System Requirements





Kenapa anda patut beralih menggunakan Windows 7?
  • Proses boot/shut down yang lebih cepat
  • Lebih cepat berbanding Windows Vista tapi masih sedikit lambat berbanding Windows XP (versi x64 merupakan versi yang paling cepat berbanding XP atau Vista)
  • Menggunakan ruangan harddisk yang sikit je
  • Pengurusan memory yang lebih baik
  • Pengaturan taskbar yang lebih baik
  • Hampir semua driver untuk Vista boleh digunakan di Windows 7
  • Help Tool yang lebih baik
  • Penambahan Driver Support, korang kini tak perlu mencari driver baru ketika memasang Windows 7 kerana Windows 7 secara automatik akan mengenalpasti driver tersebut
  • Penambahan wallpaper, theme dan sound scheme yang baru
  • Tak perlu lagi menggunakan DVD atau bootable disk ketika memasang Windows 7. Boleh dilakukan dari dalam Windows itu sendiri
  • Kemampuan membaiki Windows kini lebih mudah
  • Windows 7 dapat mengenalpasti kesalahan sistem Windows sebelum anda membaikinya
  • dan banyak lagi benda yang hebat yang ada pada Windows
    [Sumber: anarm]


Wednesday, May 6, 2009

Windows 7 RC Telah Dilancarkan !!!


Seperti yang dijanjikan,kini OS Windows Terbaru yang kini masih di peringkat beta iaitu Windows 7 RC boleh diupload bermula semalam iaitu 5 Mei 2009.Para pengguna setia windows boleh meng"upload" OS ini secara terus ke laman web Rasmi MIcrosoft. Pihak Microsoft juga telah mengeluarkan beberapa Activation Key bagi memudahkan para pengguna. Berikut adalah beberapa activation key yang boleh dicuba:
32-bit (x86) and 64-bit (x64) Windows 7 activation product keys:
● MVBCQ-B3VPW-CT369-VM9TB-YFGBP;
● C43GM-DWWV8-V6MGY-G834Y-Y8QH3;
● GPRG6-H3WBB-WJK6G-XX2C7-QGWQ9;
● MM7DF-G8XWM-J2VRG-4M3C4-GR27X;
● KGMPT-GQ6XF-DM3VM-HW6PR-DX9G8;
● MT39G-9HYXX-J3V3Q-RPXJB-RQ6D7;
● MVYTY-QP8R7-6G6WG-87MGT-CRH2P;
● RGQ3V-MCMTC-6HP8R-98CDK-VP3FM;
● Q3VMJ-TMJ3M-99RF9-CVPJ3-Q7VF3;
● 6JQ32-Y9CGY-3Y986-HDQKT-BPFPG;
● KBHBX-GP9P3-KH4H4-HKJP4-9VYKQ;
● BCGX7-P3XWP-PPPCV-Q2H7C-FCGFR;
● P72QK-2Y3B8-YDHDV-29DQB-QKWWM;
● 6F4BB-YCB3T-WK763-3P6YJ-BVH24;
● 9JBBV-7Q7P7-CTDB7-KYBKG-X8HHC.


Link download bolehlah klik perkataan di sebelah Windows 7 RC

Sunday, September 7, 2008

Zune Phone Finally, Ok Maybe



I know a lot of you out there are just waiting for the Zune phone - Microsoft’s answer to the current king of multitouch telephonic devices. Until they actually confirm, check out the Zune Contact concept by Adam Huffman. He’s revamped the interface, made the body madly thin, slapped on a 5 MP camera and went all touchscreeny. Sure it’s just pie-in-the-sky now but who knows, something similar may come from Redmond Washington

Search This Blog