Laluan Iklan

Monday, October 12, 2009

Boboiboy - Animasi Terbaru Dari Pengarah Upin & Ipin

Umum diketahui kita semua fenomena animasi Upin & Ipin masih lagi diperkatakan sehingga kini. Kepakaran anak muda tempatan dalam pembikinan animasi 3D boleh dikatakan sebaris dengan Animator Hollywood. Dengan kutipan filem animasinya yang pertama iaitu GENG-PENGEMBARAAN BERMULA mencatatkan kutipan Box Office di seluruh negara. Ditambah pula dengan versi Movie Kedua iaitu Upin & Ipin: ANGKASA yang bakal menjengah pawagam pada tahun 2011. Syabas diucapkan kepada warga Studio Les'Copaque Production. Kini pengarah mudanya iaitu Mohd Nizam bakal melancarkan karya animasi terbaru iaitu Boboiboy. Bezanya kali ini, Boboiboy merupakan produk sulung milik syarikat Animonsta Studios yang diterajui oleh Nizam serta dua rakan kongsinya, Mohd Safwan Ab. Karim (Safwan) dan Muhammad Anas Abdul Aziz (Anas). Siri projek animasi ini dijangka menemui peminat di kaca televisyen pada tahun depan. Sedikit sinopsis mengenai Boboiboy adalah memaparkan karakter utama iaitu seorang kanak-kanak bernama Boboiboy dan dibantu oleh beberapa karakter tambahan seperti Gopal, Ying, Yaya. Dalam usaha menyalur bantuan kepada orang ramai, Boboiboy akan terpisah kepada tiga orang iaitu Bo, Boi dan Boy yang mempunyai tiga kuasa berbeza termasuk tanah, angin dan petir.Sinopsis lebih lanjut anda boleh klik entry berikut: Utusan

No comments:

Post a Comment

Search This Blog