Search My Blog

Loading...

Wednesday, November 4, 2009

Windows 7 Ultimate - Activated Version (OEM)

Final Release Windows 7 telah dilancarkan secara rasminya pada 22.10.2009. Di Malaysia pula pada 02.11.2009 yang lalu. Seperti yang kita ketahui harga keluaran adalah berbeza mengikut "versi" Windows 7. Berdasarkan harga OEM yang dikeluarkan oleh Microsoft Malaysia untuk versi Windows 7 Home Premium (RM525.00), Windows 7 Professional (RM855.00) & Windows 7 Ultimate (RM903.00). Begitu mahal bukan? Kemungkinan para pembaca di luar sana pun berfikiran sama. Namun dengan kecanggihan teknologi internet tanpa sempadan ini maka wujudlah pelbagai cara alternatif untuk mendapatkan salinan yang original. Maka untuk entry kalini, saya ingin berkongsi link dengan anda fail muat-turun tersebut. Fail tersebut adalah dalam bentuk "super compressed" terbahagi kepada 3 fail RAR iaitu total hanya 250 MB saiz sahaja. Selepas diextract ia akan menjadi 2.14 GB. Sila muat-turun link berikut & selamat mencuba: [Part 01] [Part 02] [Part 03] & [Installation Guide]
    (RAR Password: amprawin@cw)

    Tuesday, October 27, 2009

    Anti-Virus AVG 9.0 Dan Laman Web Berbahasa Melayu


    Jika kaki internet di luar sana perasan atau tidak, website rasmi AVG [perisian anti-virus percuma paling popular & masih dipercayai oleh 80 juta pengguna di seluruh dunia] kini telah menyokong dalam bahasa Melayu. Ini secara tidak langsung memudahkan pengguna di Malaysia untuk memahami tentang isu keselamatan di ruangan siber yang semakin lama semakin kompleks untuk ditangani. Ia juga baik untuk pengguna baru seperi pelajar sekolah atau pengguna baru komputer untuk memahami akan perlindungan daripada ancaman seperti virus, perisian pengintip, adware, trojan dan segala macam ancaman tersembunyi. Serentak dengan pelancaran website yang berbahasa Melayu ini, AVG juga telah melancarkan Produk Anti-Virusnya yang terbaru iaitu AVG ANTI-VIRUS 9.0 dan AVG ANTI-VIRUS FREE 9.0 yang kini boleh dimuat-turun oleh para pengguna. Perlindungan sekuriti bagi sistem komputer amat penting ketika melayari internet. Maka perlindungan sepenuhnya amat dititik beratkan namun selalunya perisiannya adalah berbayar. Perisian anti-virus percuma masih terdapat beberapa kelemahan untuk perlindungan sistem komputer yang lebih menyeluruh. Maka anda perlu bijak memilih perisian perlindungan sekuriti bagi komputer anda.

    Thursday, October 15, 2009

    Windows 7 Oh Windows 7


    Mungkin pembaca-pembaca di luar sana umum sudah lebih tahu mengenai tajuk entri ini. Tinggal beberapa hari lagi sebelum pelancaran rasmi versi sepenuhnya Windows 7 [22.10.09] atau lebih tepat hanya tinggal 6 Hari: 21 Jam: 2 Minit sahaja lagi [saat entri ini ditulis]. Pengguna setia OS Windows di luar sana mungkin sudah tidak sabar-sabar lagi untuk menunggu versi final agaknya. Jika sebelum ini pengguna telah diberi peluang untuk mencuba versi RC (Release Candidate) & RTM (Release To Manufacturing) secara percuma yang boleh dimuat-turun melalui laman yang disediakan oleh pihak Microsoft. Namun apa yang penting di sini adakah benar Windows 7 beroperasi lebih stabil, lancar & pantas daripada OS sebelum-sebelumnya iaitu Windows Vista[1 produk gagal] dan Windows XP[1 produk berjaya]. Berdasarkan maklum balas pengguna sehingga kini, ia amat positif dan ramai memuji dengan ciri-ciri pembaharuan yang telah dibawa oleh pihak Microsoft pada kali ini. Jika pengguna di luar sana ingin beralih untuk mencuba ke OS Windows 7, anda patut terlebih dahulu mengetahui samada Desktop atau Laptop anda menyokong tahap keperluan minimum sistem. Untuk mengetahuinya bolehlah klik pada link berikut: Windows 7: System Requirements





    Kenapa anda patut beralih menggunakan Windows 7?
    • Proses boot/shut down yang lebih cepat
    • Lebih cepat berbanding Windows Vista tapi masih sedikit lambat berbanding Windows XP (versi x64 merupakan versi yang paling cepat berbanding XP atau Vista)
    • Menggunakan ruangan harddisk yang sikit je
    • Pengurusan memory yang lebih baik
    • Pengaturan taskbar yang lebih baik
    • Hampir semua driver untuk Vista boleh digunakan di Windows 7
    • Help Tool yang lebih baik
    • Penambahan Driver Support, korang kini tak perlu mencari driver baru ketika memasang Windows 7 kerana Windows 7 secara automatik akan mengenalpasti driver tersebut
    • Penambahan wallpaper, theme dan sound scheme yang baru
    • Tak perlu lagi menggunakan DVD atau bootable disk ketika memasang Windows 7. Boleh dilakukan dari dalam Windows itu sendiri
    • Kemampuan membaiki Windows kini lebih mudah
    • Windows 7 dapat mengenalpasti kesalahan sistem Windows sebelum anda membaikinya
    • dan banyak lagi benda yang hebat yang ada pada Windows
      [Sumber: anarm]


    Tuesday, October 13, 2009

    RSFILE.NET - Universal Enjin Carian Pelbagai Fail

    Pada kali ini penulis ingin berkongsi dengan para pembaca mengenai 1 Universal Enjin Carian mirip dengan FilesTube.com. Namun bagi penulis, apa yang amat menarik perhatian adalah kebolehannya memaparkan sekali pemilik-pemilik laman blog yang menyediakan link sedia untuk dimuat-turun. Enjin carian tersebut adalah RSFILE.NET. Anda patut mencubanya sekali. Tidak kiralah samada fail yang anda cari itu adalah berbentuk aplikasi, movie, e-book, templates, TV-Shows, muzik, games dan sebagainya. Senarai carian adalah dikategorikan mengikut beberapa link download terkenal kini seperti Rapidshare, Megaupload, Mediafire, Zshare dan banyak lagi. Hanya perlu tandakan sahaja kemudiannya klik pada menu SEARCH. Agak menarik dan menyenangkan bukan. Berikut adalah screen shot bagi laman enjin ini.
     

    Iklaneka

    Malaysia Web Hosting