Laluan Iklan

Saturday, May 21, 2016

Kembali Semula Aktif


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada pembaca setia blog MULTIPEDIA. Boleh dikatakan entri terakhir yang telah diterbitkan adalah pada penghujung tahun 2012 dan selepas itu selama 3 tahun blog ini menyepi terus tanpa sebarang info terkini yang dikemaskini. Dalam pada itu, Dunia ICT terus dan semakin pantas berevolusi. Syarikat-syarikat teknologi gergasi seperti Apple, Google, Microsoft, Facebook dan kini Samsung terus mencetuskan inovasi teknologi terbaru bagi memudahkan kehidupan manusia seharian. Tahap capaian Internet kini mudah dicapai menerusi aplikasi platform iOS (Apple) dan juga Android (Google) serta tidak ketinggalan Windows 10 Mobile (Microsoft). Cara kita berhubung kini menerusi media sosial seperti Facebook, Twitter, Whatsapp dan lain-lain serta persaingan semakin sengit antara syarikat-syarikat teknologi bagi terus mendominasi dunia selain mengaut keuntungan. Teknologi terbaru kini yang semakin mendapat perhatian dunia telnologi adalah VR (Virtual Reality) yang bakal mengubah cara kita bermain game (samada konsol atau PC), bekerja dan juga belajar. Maka setelah sekian lama blog ini menyepi daripada arena blog, entri terbaru akan diterbitkan walaupun boleh dikatakan agak terlambat. Bak kata orang putih Better Late than Never. Di bawah adalah infografik trend teknologi yang bakal berkembang pada Tahun 2016.
Sumber: GFK




No comments:

Post a Comment

Search This Blog