Laluan Iklan

Sunday, October 10, 2010

Era Perang Smartphone Bermula - Mana Satu Pilihan Anda

Jika dulu gergasi pengeluar telefon mudah-alih dari Finland, NOKIA telah menguasai hampir 90% pasaran bagi produk mobilti dunia a.k.a Smartphone. Pada masa itu perisian OS Symbian menjadi popular sehinggakan segala aplikasi pembangunan perisian untuk pengurusan pejabat, hiburan, muzik, permainan & sebagainya telah dibangunkan secara besar-besaran. 
Namun era tersebut telah berlalu apabila syarikat gergasi perkomputeran Apple cuba memasuki pasaran "mobile phone" dunia dengan melancarkan gadget iPhone. "Superb & Impressive" itulah gelaran yang lebih sesuai untuk produk taruhan sulung daripada Apple. Para pengguna mula membicarakan tentang "performance" produk iPhone yang beroperasi di atas pelantar iOS yang lebih bercirikan kehendak pengguna dan yang lebih diperkatakan adalah teknologi "Touch Screen"nya.

Lantas ia membuka mata kepada syarikat terkenal gergasi komputer dunia seperti Google untuk cuba memasuki pasaran mobiliti dunia dengan membangunkan OSnya sendiri yang dikenali "Google Android". Melalui kerjasama dengan syarikat HTC (antara pengeluar smartphone popular dunia), Google telah melancarkan telefon androidnya yang pertama dikenali sebagai "Google Nexus One". Sekaligus ia telah mmberikan pilihan kepada para pengguna di seluruh dunia. Kini persaingan penghasilan smartphone canggih telah bermula. Masing-masing cuba menarik perhatian pengguna dengan menghasilkan produk yang lebih canggih, user-friendly, pantas dan universal dalam berhubung dengan peranti gadget-gadget yang lain. 
Maka tidak hairanlah, fenomena tersebut telah menarik minat gergasi IT dunia, Microsoft untuk turut sama membangunkan mobile OS tersendiri dikenali sebagai "Windows Phone 7" melalui kerjasama pengeluar smartphone dunia yang lain seperti Samsung, LG, HTC, Dell etc dalam persediaan untuk menguasai pasaran mobile pengguna pada penghujung tahun ini. Bagi mengelak daripada kehilangan terus pengguna-pengguna setia OS Symbian , Nokia telah melakukan "Strike Back" dengan memperkenalkan barisan smartphone yang terbaru yang dikatakan lebih berkuasa dan berciri inovasi terbaru melalui pengenalan Siri Model Nokia N8 & Nokia E7. Mungkin belum agak terlambat untuk Nokia melakukannya.

Isu penting di sini, ia telah mewujudkan pelbagai reaksi pengguna-pengguna di luar sana khususnya pengguna di Malaysia. Terlalu banyak pilihan, "advance" & sophistikated gadgetnya. Persoalannya adakah kita betul-betul bersedia dan memerlukannya. Bergantung juga kepada servis syarikat penyedia talian telekomunikasi tempatan seperti Maxis, Celcom & DiGi bagi membolehkan gadget-gadget tersebut dapat digunakan secara optimum. Mudah cakap, tepuk dada dan tanyalah selera masing-masing. Sekian sahaja coretan informasi pada kalini, semoga ia memberi sedikit pengetahuan kepada anda semua.




 

5 comments:

  1. bgos ni......bnyk info...kena baiki lg la.contoh kne tmbh pengeluaran by model ke....ape pon bleh dbnggakan la info ni...payah nk dapat ni

    ReplyDelete
  2. terima kasih banyak sudah berbagi,.
    moga sukses selalu.
    jika ingin tau profil saya silahkan kunjungi..
    click this

    ReplyDelete
  3. aku sokong jenama h/phone yg paling banyak aplikasi free...

    ReplyDelete
  4. Kalau nak diikutkan "Free Apps",Android bakal "Juara".Memang tujuan utama google dalam memberi pilihan alternatif kepada para pengguna smartphone.Dengan pelancaran Android Market baru-baru ini,ia bakal memberi saingan yg kompetitif kpd pesaing utamanya iPhone yg kini berjumlah 300,000 apps.bagi semua pengguna mestilah nak yg percuma..huhu

    ReplyDelete

Search This Blog