Laluan Iklan

Monday, January 25, 2010

Malwarebytes' Anti-Malware - Pelindung Malware Percuma PC Anda

Untuk entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda terutamanya kepada end-user PC yang kini menggunakan perisian "Antivirus Percuma". Seperti yang anda ketahui perisian antivirus percuma belum mampu untuk memberi perlindungan sepenuhnya untuk PC anda. Serangan seperti Malware jahat boleh menyusup masuk ke dalam sistem anda, secara tidak langsung memperlahankan performance PC anda. Bukan semua orang mampu untuk membeli perisian Internet Security. Oleh itu, PC anda memerlukan satu perisian alternatif dan di sini saya ingin berkongsi dengan anda perisian perlindungan Malware iaitu Malwarebytes. Fungsinya sama seperti perisian Antivirus, perlu diupdate setiap masa secara manual,
malware remover yang laju dan percuma untuk dimuat-turun. Perisian ini telah mendapat pengiktirafan daripada CNET untuk kategori "Editors' Choice April 2009". Anda boleh muat-turun perisian tersebut pada link berikut: Malwarebytes' Anti-Malware

No comments:

Post a Comment

Search This Blog