Laluan Iklan

Sunday, March 15, 2009

Tukar Tulisan Rumi Anda Kepada Jawi Secara On9


Salam kepada semua. Harap anda semua bergembira di hujung minggu ini. Pada kali ini saya akan membawa satu post yang agak menarik bagi saya dan mungkin amat berguna kepada anda di luar sana. Entry post ini saya peroleh di laman blog "Sembang Komputer". Umumnya Ejawi.net adalah laman web yang dapat menukarkan tulisan rumi kepada tulisan jawi. Anda hanya perlu taipkan ayat pada ruang yang disediakan, dan tekan butang Convert. Tulisan jawi akan dipaparkan, dan anda boleh salin teks tersebut seperti biasa. Untuk melihat tetapan yang lebih spesifik, semak bahagian “Tips and Techniques Ejawi Conversion”. Contohnya, jika anda ingin perkataan yang berasal dari Arab seperti Abdul Rahim, ianya hendaklah digabungkan menjadi Abdulrahim.

3 comments:

  1. Replies
    1. jika maksud anda adalah utk convert dr file word ke pdf...so boleh la covert secara online via doc2pdf.net atau google shj, then taip convert to pdf.

      Delete
  2. ejawi.net suspended

    ReplyDelete

Search This Blog