Laluan Iklan

Tuesday, October 27, 2009

Anti-Virus AVG 9.0 Dan Laman Web Berbahasa Melayu


Jika kaki internet di luar sana perasan atau tidak, website rasmi AVG [perisian anti-virus percuma paling popular & masih dipercayai oleh 80 juta pengguna di seluruh dunia] kini telah menyokong dalam bahasa Melayu. Ini secara tidak langsung memudahkan pengguna di Malaysia untuk memahami tentang isu keselamatan di ruangan siber yang semakin lama semakin kompleks untuk ditangani. Ia juga baik untuk pengguna baru seperi pelajar sekolah atau pengguna baru komputer untuk memahami akan perlindungan daripada ancaman seperti virus, perisian pengintip, adware, trojan dan segala macam ancaman tersembunyi. Serentak dengan pelancaran website yang berbahasa Melayu ini, AVG juga telah melancarkan Produk Anti-Virusnya yang terbaru iaitu AVG ANTI-VIRUS 9.0 dan AVG ANTI-VIRUS FREE 9.0 yang kini boleh dimuat-turun oleh para pengguna. Perlindungan sekuriti bagi sistem komputer amat penting ketika melayari internet. Maka perlindungan sepenuhnya amat dititik beratkan namun selalunya perisiannya adalah berbayar. Perisian anti-virus percuma masih terdapat beberapa kelemahan untuk perlindungan sistem komputer yang lebih menyeluruh. Maka anda perlu bijak memilih perisian perlindungan sekuriti bagi komputer anda.

1 comment:

Search This Blog