Ramai pengguna telefon mudah-alih di luar sana sudah sedia maklum atau mengetahui akan interaktif "Application Store" - Nokia Ovi yang diperkenalkan pada tahun 2008 oleh syarikat pengeluar telefon mudah-alih utama dunia, NOKIA. Namun tahukah anda, aplikasi tersebut adalah pendekatan serupa yang telah lama diperkenalkan oleh syarikat gergasi perkomputeran Apple "iTunes" dalam merevolusikan cara komunikasi para pengguna dalam segmen produk gadget mini yang telah menjadi kegilaan ramai di seluruh dunia iaitu iPod dan kini iPhone.
So ada apa dengan Ovi Nokia berbanding iTunes ni? Maka entri kalini lebih menumpukan info tentang aplikasi Nokia Ovi & kelebihannya dalam memikat para pengguna setia telefon mudah-alih jenama NOKIA samada lama ataupun baru. NOKIA Ovi menyediakan ruang interaktif secara dalam talian (online) di mana pengguna perlu mempunyai 1 akaun peribadi seakan google mail. Akaun ini diwujudkan bagi memberi jaminan keselamatan data para pengguna dan seterusnya membolehkan telefon bimbit dihubungkan terus melalui komputer peribadi (PC) ataupun Laptop dengan lebih privasi & selamat.
Aplikasi yang dibawa merangkumi pengurusan File, Calendar, Contacts, Maps, Store, Mail, Music & Share. Senang cerita anda boleh samada sync [akses], buat backup, muat-turun aplikasi seperti perisian mobile terbaru atau game & mengurus data-data peribadi penting yang ada di dalam telefon muda-alih secara terus melalui PC anda atau sebaliknya. Untuk lebih mudah "sync", terlebih dahulu anda perlu memuat-turun Nokia Ovi Suite (merupakan rekaan perisian yang baru dikemaskini di sini dan versi suite terbaru ini membolehkan anda mengakses segala data dengan lebih mudah dan pantas. Sesiapa yang belum mempunyai akaun Nokia Ovi, bolehlah mendaftar dengan klik pada link berikut: Register
Bagi menambah kefahaman tentang fungsi Nokia Ovi, sila tonton video di bawah:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Boleh dikatakan sekarang ramai yang mampu untuk membeli telefon pintar terutama sekali daripada keluaran Nokia. Harganya boleh dikatakan mam...
-
Pernahkah anda terfikir untuk berinteraksi atau menggunakan komputer tanpa menggunakan langsung peralatan keyboard & mouse? Percaya ataupun ...
-
Jika dulu gergasi pengeluar telefon mudah-alih dari Finland, NOKIA telah menguasai hampir 90% pasaran bagi produk mobilti dunia a.k.a Smartp...
-
Wimax!Wimax!Wimax! pelancaran produk GEMPAK sekali lagi oleh pelopor indusrti Wimax negara kalau bukan dari Syarikat P1 W1max. Kali ini pen...
-
Ramai pengguna telefon mudah-alih di luar sana sudah sedia maklum atau mengetahui akan interaktif "Application Store" - Nokia Ovi yang dipe...
-
Pada kali ini, penulis ingin berkongsi dengan anda semua mengenai 2 website barangkali pernah anda lawati di internet sebelum ini. Website y...
-
Teknologi telah berubah dengan pantas. Tidak terjangkau dek akal untuk membayangkan segala peralatan berteknologi dan gadget yang ada di sek...
-
Assalamualaikum kepada pembaca setia blog multipedia.Maaf sangat kerana terlalu lama menyepi dari arena blogging keranan ada masalah tertent...




While dah download boleh buat kerja yang ada kat komputer melalui hp ke?...
ReplyDeleteErmmm sy kurang faham soalan NuZmEEn'S, apa yg sy leh jwbkan...kerja2 tersebut terhad kpd pengurusan ringkas spt fail, nota kalendar, senarai panggilan, muat-turun peta (terhad pd model tertentu), install perisian aplikasi terbaru dr ovi store, cek email ovi & download music. Ia lebih kpd pengurusan fail yg ada dlm phone dgn menggunakan pc
ReplyDeleteAhaa... sy pun x pasti nk tanya mcm mana.. tp jawapan tu sy faham.... TQ... :)
ReplyDelete