Laluan Iklan

Friday, July 30, 2010

Ada Apa Dengan NOKIA Ovi

Ramai pengguna telefon mudah-alih di luar sana sudah sedia maklum atau mengetahui akan interaktif "Application Store" - Nokia Ovi yang diperkenalkan pada tahun 2008 oleh syarikat pengeluar telefon mudah-alih utama dunia, NOKIA. Namun tahukah anda, aplikasi tersebut adalah pendekatan serupa yang telah lama diperkenalkan oleh syarikat gergasi perkomputeran Apple "iTunes" dalam merevolusikan cara komunikasi para pengguna dalam segmen produk gadget mini yang telah menjadi kegilaan ramai di seluruh dunia iaitu iPod dan kini iPhone.

So ada apa dengan Ovi Nokia berbanding iTunes ni? Maka entri kalini lebih menumpukan info tentang aplikasi Nokia Ovi & kelebihannya dalam memikat para pengguna setia telefon mudah-alih jenama NOKIA samada lama ataupun baru. NOKIA Ovi menyediakan ruang interaktif secara dalam talian (online) di mana pengguna perlu mempunyai 1 akaun peribadi seakan google mail. Akaun ini diwujudkan bagi memberi jaminan keselamatan data para pengguna dan seterusnya membolehkan telefon bimbit dihubungkan terus melalui komputer peribadi (PC) ataupun Laptop dengan lebih privasi & selamat.

Aplikasi yang dibawa merangkumi pengurusan File, Calendar, Contacts, Maps, Store, Mail, Music & Share. Senang cerita anda boleh samada sync [akses], buat backup, muat-turun aplikasi seperti perisian mobile terbaru atau game & mengurus data-data peribadi penting yang ada di dalam telefon muda-alih secara terus melalui PC anda atau sebaliknya. Untuk lebih mudah "sync", terlebih dahulu anda perlu memuat-turun Nokia Ovi Suite (merupakan rekaan perisian yang baru dikemaskini di sini dan versi suite terbaru ini membolehkan anda mengakses segala data dengan lebih mudah dan pantas. Sesiapa yang belum mempunyai akaun Nokia Ovi, bolehlah mendaftar dengan klik pada link berikut: Register

Bagi menambah kefahaman tentang fungsi Nokia Ovi, sila tonton video di bawah:

3 comments:

  1. While dah download boleh buat kerja yang ada kat komputer melalui hp ke?...

    ReplyDelete
  2. Ermmm sy kurang faham soalan NuZmEEn'S, apa yg sy leh jwbkan...kerja2 tersebut terhad kpd pengurusan ringkas spt fail, nota kalendar, senarai panggilan, muat-turun peta (terhad pd model tertentu), install perisian aplikasi terbaru dr ovi store, cek email ovi & download music. Ia lebih kpd pengurusan fail yg ada dlm phone dgn menggunakan pc

    ReplyDelete
  3. Ahaa... sy pun x pasti nk tanya mcm mana.. tp jawapan tu sy faham.... TQ... :)

    ReplyDelete

Search This Blog