Laluan Iklan

Wednesday, February 25, 2009

TM..OH..TM..TAK HABIS-HABIS BERMASALAH


TM jangka perkhidmatan Internet pulih 5 Mac

KUALA LUMPUR – Telekom Malaysia Bhd. (TM) menjangka perkhidmatan Internetnya pulih sepenuhnya menjelang 5 Mac ini. Perkhidmatan itu terganggu sejak 18 Februari lalu.

Gangguan itu disebabkan kegagalan litar pada Jaringan Kabel Asia Pasifik 2 (APCN2) antara Kuantan-Katong di Singapura dan Shantou-Tanshui di Taiwan yang menghubungkan Malaysia ke Amerika Syarikat, demikian menurut TM dalam satu kenyataan semalam.

Disebabkan gangguan itu, pelanggan TM yang menggunakan perkhidmatan Internet mungkin melalui perayauan yang perlahan semasa mengakses kandungan yang dihos di Amerika Syarikat (AS), kata TM.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog