Laluan Iklan

Thursday, December 31, 2009

Coretan ICT 2009 & Dunia ICT Pada 2010 Kelak

TAHUN 2009 bakal ditinggalkan dengan pelbagai kisah teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mengagumkan yang sekali gus meningkatkan kemudahan masyarakat sama ada untuk bekerja, belajar atau menjalani kehidupan seharian.Kebanyakan teknologi terbabit membantu menambah baik kaedah perhubungan agar ia menjadi lebih cekap sambil mendapat hiburan yang lebih mantap. Perkembangan teknologi semakin pantas dan perlu pantas dijejaki masyarakat kerana perubahan hidup memerlukan inovasi yang selaras dengan kegunaan seharian seperti mana disaksikan sebelum ini. Antara perkembangan teknologi perkomputeran yang bakal mewarnai dunia ICT pada tahun hadapan adalah :-
  • USB 3.0
Evolusi USB 3.0 dijangka akan dikeluarkan dengan kelajuan 10 kali
 ganda lebih pantas memungkinkan pemindahan fail sekitar 400Mbps. Ini kerana kapasiti storan lebih besar ditagih yang berkemungkinan tidak terhad kepada perkakasan semata-mata. dan pengenalan pemacu generasi baru berdasarkan 'flash' atau Solid State Drives (SSD). SSD adalah perkakasan storan yang menyimpan data dalam memori berasaskan 'flash' dibina menggunakan memori perkakasan semikonduktor berbanding media magnetik atau optikal pada cakera keras. Ia menawarkan kelebihan menerusi kepantasan dan mengurangkan masa 'boot' selain tahan lasak serta lebih senyap.
 

  • Perkomputeran Cloud
Sejajar dengan perkembangan storan yang mampu menampung berbilion data. Penggunaan storan cloud memberi kelebihan terutama dari aspek keselamatan dan ruang lebih besar yang mampu memberi kemudahan kepada manusia.

   
  • Google Chrome OS
Satu lagi kejutan yang bakal menghangatkan suasana perkomputeran pada 2010 adalah kehadiran sistem operasi (OS) baru yang dihasilkan Google menerusi Google Chrome OS. Sistem operasi berasaskan sumber terbuka itu disasarkan kepada pengguna netbook yang dijangka menemui penduduk dunia pada pertengahan 2010 nanti pastinya membawa persaingan sengit dengan pengeluar OS lain. Tidak Lupa juga dengan pelancaran Google Phone Pertama iaitu Nexus One yang bakal memberi saingan kepada Iphone dari Apple Inc.

  • Windows 7
Microsoft bakal mengekalkan teraju industri selepas Vista gagal memukau pada 2009. Pengguna akan mendapati Windows 7 sebagai sistem operasi bermutu tinggi bagi menggantikan kegagalan Vista yang mendapat sungutan ramai sebelum ini.Mungkin ini masanya untuk pengguna berfikir dan menukar perisian untuk dunia perkomputeran lebih bergaya pada 2010 dengan Microsoft pastinya akan mengemaskini aplikasi yang bersesuaian untuk dipadankan bersama OS terbabit.

  • Kadar Penembusan Jalur Lebar & Projek HSBB oleh TM
Sejauh mana kemampuan Malaysia menerusi Telekom Malayia (TM) melalui projek HSBB dan juga Green Packet (P1W1MAX) dalam mencapai unjuran 50 peratus kadar penembusan jalur lebar yang ditetapkan kerajaan pada tahun hadapan. Setakat ini, misi terbabit dilihat mustahil dan sebaliknya memerlukan banyak pihak duduk semeja dan memikirkan keperluan penting dalam menyelesaikan beberapa isu termasuk mengenai pakej dan kepantasan rangkain capaian internet yang sehingga kini masih membelenggu para pengguna di Malaysia. Jika pemantauan projek terbabit dilakukan dengan lebih serius & usaha bersungguh-sungguh oleh syarikat-syarikat terbabit, insyaAllah tidak mustahil. Sama-sama kita saksikan & nantikan.

(Note: Happy New Year 2010 :) - Moga Bakal Membawa Lembaran Baru Dalam Kehidupan Para Pembaca Semua)

2 comments:

  1. eh! hebat gak ko bab2 komp ni... eh! nk tnye macam mne nk download microsolf office utk window vista? sbb microsoft office ak terdelete? klu ko tau bg la link dia....

    ReplyDelete

Search This Blog