Laluan Iklan

Wednesday, December 9, 2009

Sony [Game] : PSP Go Terbaru

SONY-make.believe: Revolusi demi revolusi yang dibawa oleh Syarikat Gergasi Elektronik dunia ini. Bermula dengan pengenalan platform PSP, kemudiannya siri model PSP-3000 pada beberapa tahun lepas. Dan terbaru Sony Computer Entertainment (Sony) telah melancarkan siri model PSP generasi baru iaitu PSPgo. Berbeza dengan model PSP sebelum ini, PSPgo menampilkan kelainan menerusi panel paparan gelongsor(sliding) bersaiz 3.8 inci dan tidak lagi menyokong UMD [Universal Media Disc]. Amat mengecewakan bukan? Sebaliknya aplikasi sambungan Wi-Fi binaan dalaman diperkenalkan untuk sokongan aktiviti mengakses dan memuat turun pelbagai kandungan menggunakan perisian Media Go . Untuk fungsi muzik secara lebih spesifik pula, PSPgo dilengkapi dengan aplikasi baru yang dibangunkan sendiri oleh Sony dikenali sebagai SensMe Channels. PSPgo mempunyai dua pilihan warna iaitu hitam dan putih. Harga PSPgo adalah dalam lingkungan RM1099 [lebih kurang harga PS3 Slim 120GB,baru je RM1299]. So mana pilihan kalbu anda?


[Note:Patutnya Dah Lama Postings Isu Ini]

3 comments:

  1. Gempak gile PSP Go ni...

    ngidam lak.
    tp...kene pkai game ori kan..?

    so terpaksa pkai je la PSP lama aku tu.
    huhu...

    ReplyDelete
  2. No UMD dah...PSP Go kena download online untuk dapatkan game-game terbaru :( itu yg amat mendukacitakan.Confirm tak beli!!!...huhu.X pe tggu dlm setahun dua pasti ada hackers di luar sana leh bagi link download percuma...heheh

    ReplyDelete

Search This Blog