Laluan Iklan

Sunday, November 15, 2009

Office 2010 Public Beta Dilancarkan Penghujung November

Belum pun kita semua 'mengkhatamkan' atau sedang berjinak-jinak dengan Microsoft Office 2007, kini Microsoft dalam persiapan terakhir untuk melancarkan versi beta Office 2010 pada penghujung November ini. Dengan menggunakan strategi pemasaran yang sama seperti Windows 7 (ketika versi RC & RTM dilancarkan), microsoft juga akan memberikan perisian terbaru ini secara percuma untuk dicuba dan boleh dimuat-turun oleh para pengguna di seluruh dunia. Produk tersebut boleh didapati di link berikut: Office 2010 Beta Pada ketika ini, masih belum boleh untuk dimuat-turun lagi. Jika dilihat kemungkinan terdapat sedikit perubahan dari segi "interface" namun menurut Microsoft, versi Office terbaru ini menjanjikan sesuatu yang "rich and powerful new ways to deliver your best work -at work, home, or school-on your computer, from a Windows Mobile-based smartphone or via a Web browser" [antara kelebihan Office 2010]. Untuk maklumat tambahan layarilah pautan berikut: [Softpedia]
 






4 comments:

  1. Sama-sama kita nantikan apa kelebihan MSOffice2010 ni.

    ReplyDelete
  2. Ada kelebihan ke? Huhu for me, im sticking with open office dlu =p T da try gtau la k.

    ReplyDelete
  3. Kemungkinan banyak perubahan yg akan dibawa oleh Micosoft Office 2010 kali ni...sama-sama kita nantikannya

    ReplyDelete
  4. lebih kurang sama je...cuma ade perubhan dari segi feature je...sama macam vista ke win7

    ReplyDelete

Search This Blog